CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 19, 2010

hehehehe....


Sekarang umur dah masuk 18. Suka sangat. tapi, orang cakap X matured lagi... tapi... ana tetap nak jadi matang... i will try..


Actually, ana x sempat untuk update blogger ni.... sibuk kat Matriks...

hehe.. apapun...
ini rumah ana...
nanti lama- lama cantik la rumah ana ni....

Thursday, January 7, 2010

KOD - KOD YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


Salam... cuba anda lihat kod2 ni kat belakang ramuan makanan yang dibeli...
Sama2 la kita berhati2... Jika kita makan makanan yang haram, darah yang mengalir tu.... dah tentu boleh jadi darah daging kita n keturunan kita.Itu sebab bila kita belajar payah nak dapat, doa x dimakbulkan...

E100, E110, E120, E140, E153.
E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280.
E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337.
E422, E430, E431, E432, E433, E434,E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E92, E493, E494, E495.
E542, E570, E572.
E631, E635.
E904.


Contoh sedia ada:
* Minuman bikarbonat Chee*S
* Coklat C_d_u_r_y
* Ap*olo


Jadi, belilah dari produk islam. terjamin suci, bersih!!!
Contohnya produk HPA.


Maaf sekiranya sesiapa yang terbaca akan terasa. Ini tidak ada kena mengena yang hidup atau yang mati....


salam sayang.... hehehe :)
ARH

Wednesday, November 4, 2009

Sunnah nabi

Diet Ala Rasulullah SAW

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh asal makan je. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit
antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan
makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,
tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet
Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan
makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih
dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal akan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam
dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak
memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam
jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan
bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung
ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi
reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan
antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang
kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit
kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme
sejenis alat percerna
makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insya
Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Friday, October 30, 2009

cerpen ni masa aku sekolah dulu.....

INSAFNYA FAHRIN


Dari kejauhan terpandang satu susuk tubuh sedang bertafakur di hadapan liang lahad. Wajahnya pilu lagi meruntun kesedihan yang tidak tertanggung. Seraya itu , dia menadah tangan kedua – dua belah tangan lalu berdoa dengan khusyuknya.

“Ya – Allah , Engkau ampunkanlah dosa – dosaku! Engkau ,
ampunkanlah dosa – dosa guruku ! Engkau , cucurilah rahmat roh – roh
orang yang beriman! Sesungguh – Nya, hanya kepada Engkau, aku
memohon keampunan! Amin...”

Fahrin meninggalkan kawasan perkuburan sambil diiringi air mata
kepiluan. Fahrin sudah nekad, peristiwa lalu tidak akan berlaku lagi
pada masa akan datang.

“Pisang tak akan berbuah dua kali...” kata Fahrin berulang - ulang
kali.

Sambil memandu, Fahrin teringat akan peristiwa sembilan tahun yang lalu...




Pagi itu, perhimpunan pagi berjalan dengan lancar.

“Sekolah kita telah menerima seorang lagi guru baru dari Kota
Tinggi , Johor, iaitu Cikgu Hawani Binti Bakar. Cikgu Hawani akan
mengajar subjek Matematik,” ujar Tuan Faisal selaku Tuan Pengetua.

Cikgu Hawani berdiri hormat sebaik sahaja Tuan Faisal
memperkenalkan dirinya. Dia melemparkan senyuman manis sebagai
menerima sekolah tersebut dengan hati yang terbuka.

“Ni , yang aku benci! Dah elok – elok Cikgu Munirah ajar Matematik
kat sini, pindah pula. Lepas tu, datang pula cikgu baru. Eee... Bencinya
aku!” rungut Fahrin.

“Tak baik kau kata macam tu kat cikgu. Ilmu tak berkat tau , kalau
kita benci akan cikgu,” nasihat Adam apabila terdengar rungutan Fahrin
tadi.

Salah satu kelas yang akan diajar oleh Cikgu Hawani adalah kelas
Empat Alfa, iaitu kelas yang diduduki oleh Fahrin.

Pada hari pertama Cikgu Hawani masuk ke kelas, Fahrin berjaya
memancing perhatian Cikgu Hawani. Fahrin berubah sikap. Dia menjadi
pendiam dan rajin. Cikgu Hawani selesa dengan sikap yang ditunjukkan
oleh Fahrin.

“Macam mana perangai Fahrin masa kat kelas, Hawa?” tanya
Cikgu Farhana.

“Okey je, Kak Ana. Kenapa Kak Ana tanya ?” tanya Cikgu Hawani
kepada Cikgu Farhana yang dipanggil Kak Ana.

Cikgu Farhana melongo. Hairan. Setahunya, Fahrin tu pelajar yang
paling nakal dan keras kepala. Takkan sekelip mata sahaja boleh
berubah perangai.


“Biar betul Hawa? Kak Ana tak percaya la, sebab semalam Kak
Ana ajar Sejarah dia buat perangai.”

“Dengan Hawa okey je!”

“Alhamdulillah, kalau macam tu. Mudah – mudahan perangainya dapat berubah dengan sepenuhnya.”

Pada suatu hari, Cikgu Hawani sedang menapak menuju ke bangunan Blok C sambil membawa buku – buku latihan para pelajarnya.



Tiba – tiba, seorang pelajar telah melanggar bahunya. Buku – buku latihan yang dipegangnya terus terjatuh. Seraya itu, jatuhlah sekotak
rokok dari pokek seluar pelajar yang melanggarnya tadi.

“Fahrin!” terjerit kecil Cikgu Hawani tatkala memandang raut muka
pelajar yang melanggarnya.

Cikgu Hawani terkejut besar.

Fahrin cepat – cepat mengambil kotak rokok tersebut. Dia berlari
lintang - pukang meninggalkan Cikgu Hawani.

‘Sampai hati, Fahrin tikam belakang saya,’ bisik Cikgu Hawani
sendiri dalam hati.


Cikgu Hawani ghobar dan tiba – tiba sakitnya datang kembali. Dia terasa ngilu di bahagian perutnya. Pedih. Seakan – akan ada pisau tajam yang mencucuk perutnya.


Suasana kelas Empat Alfa agak lenggang ketika pertukaran waktu. Fahrin duduk di tempatnya sambil berdiam diri. Dia teringat akan
peristiwa tadi. Hatinya bergolak dengan perasaan sendiri.

Tiba – tiba, suasana kelas menjadi sunyi. Fahrin masih lagi membisu
sehinggalah Salim bersuara baru dia tersedar.

“Bangun semua ! Assalamualaikum , Cikgu !” ucap Salim selaku ketua
tingkatan.


Hati Fahrin berdebar – debar tatkala mata Tuan Faisal sudah bersatu dengan matanya. Keringat mula membasahi di sekitar wajahnya.
Perasaannya kalut.

“Saya mahu berjumpa dengan Muhammad Fahrin bin Ghazali.”

Fahrin mengekori Tuan Faisal ke biliknya. Dalam bilik pengetua,
Fahrin diam seribu bahasa. Raut mukanya jelas menunjukkan dia sedang menahan nafsu amarah.

“Kamu ada bawa rokok kan? Saya dapat laporan daripada dua
orang cikgu. Mereka nampak kamu merokok hari ini. Betul atau tidak?”
tanya Tuan Faisal agak tegas.

Kepala Fahrin jatuh ke bawah. Dia malas untuk menatap wajah
Tuan Faisal apatah lagi mahu bersuara.

“Betul atau tidak ?” ulang Tuan Faisal sekali lagi dengan tegas.

Tuan Faisal melihat isi di dalam beg sekolahnya.

“Ini apa Fahrin?” tanya Tuan Faisal sambil menunjukkan kotak rokok tersebut kepadanya.

Fahrin sudah dapat menganggak. Dia akan digantung tali
persekolahan selama seminggu.

Fahrin kembali semula ke sekolah setelah ‘bercuti umum’ selama
seminggu. Semangatnya untuk belajar kian pudar.

Suatu pagi, Fahrin ingin menapak menuju ke kantin sekolah. Tak
semena – mena dia bertembung dengan Cikgu Hawani.

“Assalamualaikum...Fahrin. Macam mana kamu, sihat?” tegur Cikgu
Hawani dahulu.

Fahrin meninggalkan Cikgu Hawani tanpa menjawab sepatah kata. Fahrin yakin guru yang melaporkan kesnya dahulu ialah Cikgu Hawani.

Cikgu Hawani terkedu dengan sikap yang dipamerkan oleh Fahrin.

Tiga bulan sudah berlalu ,sikap dingin Fahrin terhadap Cikgu
Hawani masih berbuku. Dia sudah pandai bersuara tinggi. Cikgu Hawani
dijadikan seteru ketatnya. Walau bagaimanapun, betapa dignitinya Cikgu
Hawani. Dia masih sabar dengan dengan sikap Fahrin biarpun berbagai
– bagai onar telah dilakukan oleh Fahrin terhadapnya.


“Fahrin, Cikgu Razali mahu jumpa awak sekarang di biliknya. Dia
cakap mustahak!” ujar Ah Meng termengah – mengah.

“Cikgu Hawani bagi kepada kamu,” ujar Cikgu Razali sambil
mengunjukkan bungkusan hitam kepada Fahrin.

Fahrin menyambut tetapi dia kehairanan.

“Kamu masih marahkannya?”

Fahrin membisu.

“Tak baik kamu berdendam apatah lagi dengan guru sendiri. Buat
pengetahuan kamu, guru yang melaporkan kes kamu hari itu ialah saya
dengan Cikgu Farhana. Saya nampak kamu merokok di belakang
bangunan blok C manakala Cikgu Farhana nampak kamu membawa
kotak rokok semasa kamu berlanggar dengan Cikgu Hawani. Cikgu
Hawani langsung tak melaporkan kepada pengetua.” jelas Cikgu Razali.

Setitik air mata Fahrin keguguran. Selama ini, dia telah melakukan
kesilapan yang paling besar. Memfitnah guru sendiri.

‘Ya – Allah , Engkau ampunkanlah dosa – dosaku ...’istighfar Fahrin.

“Mana Cikgu Hawani, Cikgu? Kenapa bukan dia sendiri menyerahkan
bungkusan ini kepada saya? Saya mahu berjumpa dengannya, Cikgu...Tolonglah saya...” kata Fahrin teresak – esak.

“Mungkin ini dapat membantu kamu. Pergilah ke rumahnya,” ujar Cikgu Razali sambil menyerahkan sekeping kertas yang mempunyai alamat rumah Cikgu Hawani.

Fahrin meraung keghobaran. Dia membuka perlahan – lahan
bungkusan hitam itu. Terdapat sebuah buku motivasi dan sebuah buku
tentang bahayanya merokok.

Keesokan harinya, Fahrin pergi ke rumah Cikgu Hawani. Muka Cikgu Hawani pucat. Badannya kurus. Fizikalnya betul – betul sudah berubah sehinggakan Fahrin seakan – akan tidak mengenalinya.

“Cikgu...ampunkanlah kesalahan saya.Saya betul – betul menyesal Cikgu...Maafkanlah saya, Cikgu...”ujar Fahrin kepada Cikgu Hawani dengan berlinangan air mata.

Cikgu Hawani turut menitiskan air mata.

“Sudah lama saya maafkan kamu. Cuma saya harap kamu akan belajar bersungguh – sungguh. Itu harapan saya. Kamu mesti buktikan kepada saya,”kata Cikgu Hawani.

“Terima kasih, Cikgu...Terima kasih kerana telah menyedarkan saya selama ini.Saya akan berusaha sampai berjaya ,Cikgu.”

Cikgu Hawani tersenyum bangga.

Sejak hari itu, Fahrin sudah tidak lagi membuang masa. Masanya
diisikan dengan melakukan perkara – perkara yang berfaedah. Tahun
depan dia akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Dia mahu
melunaskan impian Cikgu Hawani. Dia mahu menebus kesilapannya
dahulu. Fahrin sudah insaf.

Hari silih berganti. SPM kian menjelang. Tinggal dua bulan sahaja
lagi persediaan akhir yang dapat Fahrin lakukan. Semangatnya berkobar
– kobar.Akhirnya, SPM dihadapinya dengan persediaan yang rapi. Fahrin
berjaya menjawab semua soalan.

‘Terima kasih Cikgu Hawani...kerana telah menyedarkan saya,’ucap
Fahrin berulang – ulang kali dalam hati.

Keesokan harinya, Fahrin mendapat panggilan telefon.

“Saya harap Fahrin tabah apa yang akan saya beritahu sebentar
lagi,” ujar Cikgu Razali agak sedih.

“Kenapa Cikgu?” tanya Fahrin kehairanan.

“Cikgu Hawani... Cikgu Hawani... sudah kembali ke Rahmatullah
pagi tadi...akibat kanser usus,” tersekat – sekat Cikgu Razali untuk bersuara.

Fahrin kaku. Telefon bimbit yang dipegangnya jatuh. Mata Fahrin sudah berpinar – pinar. Badannya tersungkur menghempap bumi.

Friday, October 23, 2009

aku dah cuti sekarang ni....

Horey..............
Aku dah cuti....
So, la ni time nak update blogger aku yang dah lama x sentuh...

Thursday, September 17, 2009

Cuit raya

Saturday, September 12, 2009

Dah tahu nama dia????

Kite dah dapat tahu nama dia....
Birthday dia pun dekat2 je lagi...
What should i do now???
Keh3....
budak kelantan rupenye....
Budak ni pandai rupenye.
Kimia B+
Pysic B+
math A

Teror tak?
Keh3...
Semoga dia panjang umur...
AMIN....